Search This Blog

Monday 18 November 2013

Tora Datang Lagi!

Assalamualaikum.

Teng teng teng teneng (sila sambung sendiri dengan lagu tema Star Wars)

Ehem. Pertama-tamanya, saya selaku seorang kerdil dan marhaen, ingin memohon berjuta kemaafan.
Kerna? Kerna telah sangat tidak konsisten dalam penulisan blog ini. Maklumlah, kata masih bertatih lagi haha. Alasan. Peluh besar.

Ada beberapa perkara yang menyulitkan penulisan ini. Banyak jugalah, tapi boleh juga dibetah sebagai alasan. Haha. Jadi, mohon maaf atas ketidakkonsistenan saya dalam menulis blog ini. Aseef jiddan (minta maaf banyak-banyak). 

Kini, saya telah kembali! Eh.

Tora datang lagi! Eh. [kredit]

Mohon doa semua agar saya bisa diberi kekuatan untuk kembali menulis. Kalau bukan blog pon, status2, sajak2, dan kembali berkarya dalam bidang pengkomikan (eh betul ke ayat ni?). 
Orang kata, kalau belakang parang diasah lagi kan tajam, inikan pula manusia. 
Err tapi, kalau dalam situasi saya, kalau belakang parang yang setahun lepas diasah sekarang keadaan dia macam mana ye? Haha ^^"



Doa2kan agar mampu memberikan jasa, kalau tidak banyak, sedikit, asalkan bermakna untuk ummat. Kerna, saya, kita adalah khadam kepada ummah.

Jadi, pada tahun baru ini, tahun baru Hijrah ye yang dah masuk tu bukan 2014, saya berazam untuk kembali mengisi ruangan2 blog yang berhabuk dan penuh dengan sarang labah2. Doakan, doakan, doakan.

Amin ;)

p/s : dan oh ye, saya juga ingin belajar banyak benda dari mereka-mereka di luar sana, jadi sudi2 lah sharing tips2 atau info2 yang bermanfaat :D

Jazakallahu khairan kathira.

Sunday 22 July 2012

Apa yang Angka Kosongnya?


                                                                        [kredit]

Bukan Angka Kosong? Abis tu, angka berapa?!


Hmph.
Angka apa lagi ea kalo bukan angka kosong? Angka 1, 2, 284, 2489,545773, 58259826597 ke 2895259265905 ?(okeh kantoi saya tekan keyboard suka hati)
Xkesah la angka berapa sekalipun, yang penting, BUKAN ANGKA KOSONG. “Eh, apa benda yg brotherHurairah mengarut ni? Nama blog ke literally bukan angka kosong ni?” Tanya anda dalam hati.

Em. Kedua-duanya sekali. Senyum.

Er, faham ke maksud saya. Begini. Konpem la nama blog ni sebab da terpampang kat rumah (baca: Home) page ni dan jugak kotak omni (baca: omnibox). Persoalannya, kenapa “bukan angka kosong”? Ni la yang insyaAllah akan saya bahaskan di petang yang mulia ini. Ehem.
“Kita wajib memulakan usaha islam ini dari bawah, iaitu melalui tarbiyyah individu. Apalah gunanya menghimpunkan orang2 yg lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melakukan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakh kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?"
-kata-kata Imam Abu al-Qasim al-Junaid dan As-Syeikh Syakib Arsalan

Hah, baca tu. So, ringkasnya nama blog ini ialah BUKAN ANGKA KOSONG bagi menegaskan bahawa sesungguhnya blog ini bukanlah ditaip untuk suka-suki. Bukan juga bagi mengisi masa yang tidak berapa lapang yang saya ada. Namun untuk saya menyampaikan kalimah2 agung yang sudah sampai ke gegendang telinga menuju ke otak, ditapis oleh akal dan seterusnya menyentak hati yang masih leka ini. Juga untuk menunaikan tugas mengajak manusia ke arah yang perlu, mengejutkan ummah dari tidur lena yang panjang. Juga bagi menjadi saksi kepada Yang Maha menguasai hari pembalasan bahawa saya sudah berbuat sesuatu bagi menyetelkan kesakitan serta kesedihan ummah zaman ini.


haiyo, tak tau. Kena jadi saksi tau nanti?

Konklusinya, blog ini bukan hanya cakap kosong macam simpulan bahasa tin kosong, namun merupakan wadah yang sangat penting bagi menyelamatkan diri ini dan ummah keseluruhannya dari disoal di padang yang mengumpulkan seluruh manusia nanti. Walahua’lam.

brotherHurairah : Mengambil masa yang sangat lama untuk siapkan post ini dek ketidakmatangan dalam dunia blog. Teheheee =.=”
*Ambil buku tutup muka, buat2 tengah baca buku.

Peace J

Sunday 10 June 2012

Langkah bermula!

Bismillahirrahmannirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, blog ini dilahirkan. *Senyum

Uh oh! Terkesima, eh terskema la pulak. Hmm, insyaAllah brotherHurairah yg baru setahun jagung ini mula hendak bertatih2 dlm dunia blogging ini. :b

Semoga Allah redha dgn penulisan ni n mendatangkan manfaat utk kita semua. Aiwah!! :D

#first post yg sgt pendek, i guess?